Tuesday, June 16, 2009

Dialog Ketua Pemuda BN Dengan EMCO


Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan meneruskan sesi dialog dengan penduduk pelbagai kaum termasuk di Sabah dan Sarawak untuk mengetahui suara hati mereka dalam pelbagai perkara.
Menurut beliau sesi perjumpaan seumpama itu amat penting bagi memastikan suara hati golongan muda dapat diselami dengan mendalam sekaligus membuka ruang untuk pergerakan itu berkhidmat bagi semua tanpa mengira kaum."Perjumpaan serta sesi dialog berkenaan adalah satu langkah Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk mempromosi serta mempraktikkan gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak."Hari ini kita telah memulakan proses berkenaan dengan mendengar serta berdialog dengan Lapan Pertubuhan Utama Belia Cina (EMCO), dan pada 29 Jun ini pula, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee akan mengadakan sesi dialog dengan Pertubuhan Belia Melayu seperti Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung", katanya.Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda selepas sesi dialog khas bersama Lapan Pertubuhan Utama Belia Cina (EMCO) di sini, Isnin petang.Lapan pertubuhan belia terbabit ialah Pergerakan Pemuda Malaysia, Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia, Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia, Persatuan Belia Buddhist Malaysia, Persatuan Belia Kristian Malaysia, Persatuan Graduan Muda Malaysia, Persatuan Usahawan Muda Malaysia dan Junior Chamber KL Mandarin.Turut hadir Setiausaha Pemuda UMNO, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid serta barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia yang lain dan kepimpinan Pemuda MCA.Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya berkata sesi perjumpaan seperti itu sebenarnya memberi ruang untuk mendapat gambaran jelas tentang pendapat, aspirasi serta pandangan daripada pihak luar."Ini adalah pendekatan untuk perkukuhkan lagi gagasan Satu Malaysia."Apabila kita memahami aspirasi serta pandangan daripada masyarakat yang lain, maka kita boleh kukuhkan pendekatan kita bersama dalam Pemuda BN supaya tidak hanya diterima oleh kumpulan atau kaum tetapi diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan latarbelakang."Jadi kita tidak terhad kepada isu yang berhubung kait dengan kaum kita sendiri seperti UMNO dengan Melayu, MCA dengan Cina, MIC dengan India. Parti komponen di Sabah dan Sarawak juga tidak akan dilupakan," ujarnya.Beliau seterusnya menyifatkan perjumpaan beliau dengan pertubuhan belia Cina itu merupakan satu sejarah serta kerana dapat berjumpa dan berdialog kumpulan sasar berkenaan."Antara isu yang dibincangkan pada sesi dialog itu adalah pendidikan seperti pemberian biasiswa dan kemasukan ke universiti, ekonomi serta isu perpaduan dan integrasi nasional", katanya.sumber: http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8903&mode=nested

No comments: