Sunday, April 4, 2010
SEMINGGU SELEPAS PEMILIHAN MCA
Seminggu selepas pemilihan MCA pada 328, saya berasa amat senang hati apabila saya nampak beberapa langkah yang diambil oleh pucuk pemimpin baru kami, telah betul-betul memahami kehendak para ahli sekalian. Saya tidak boleh menafikan kebolehan Bekas Presiden, tetapi cara beliau memimpin parti telah jelas menunjukan parti kami ini mengalami perpecahan yang teruk.
Saya setuju dengan polisi-polisi dan cara oleh Bekas Presiden dalam urusan Kementerian , tetapi beliau telah ditolak oleh perwakilian partinya sendiri, namun dalam demokrasi, kami perlu akur dengan keputusan akar umbi yang menlalui undi daripada perwakilan.
Kegagalan kedua-dua Bekas Presiden telah jelas menyuarakan suara perwakilan MCA, mereka tidak boleh terima pemimpin yang membina dynasty dan juga pemimpin yang bersikap tidak munasabah. Pembentukan dynasty akan mengakibatkan parti kami hilang kepercayaan rakyat, kerana MCA bukan lagi sebuah parti politik yang berjiwa rakyat, ia akan menjadi sebuah sendirian berhad yang khas untuk menjaga kepentingan keluarga dan anak didik bagi orang yang tertentu.
Pemimpin yang berjaya memercahkan parti dalam masa setahun juga tidak dapat diterima oleh akar umbi keseluruhanya, saya berpendapat, pemimpin tersebut adalah lebih sesuai dilantik untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, ini disebabkan prestasi beliau dalam kerajaan adalah lebih senang diterima oleh rakyat, parti yang dipimpinya telah hilang kepercayaan ahlinya sendiri, harap kekalahan beliau dalam pemilihan semula telah mengakibatkan beliau sedar mengenainya.
Pemimpin yang baru telah jelas menunjukan mengambil berat setiap isu semasa negara, didapati pemimpin baru telah mengeluarkan kenyataan bagi mempertahankan ahlinya diserang oleh pihak yang tertentu; dalam masa seminggu, salah seorang pemimpin Pemuda telah diserang oleh sebuah badan atau kumpulan samseng, kumpulan tersebut meminta pemimpin Pemuda memohon maaf dalam masa yang singkat, pemimpin baru kami telah mempertahankanya walaupun pemimpin Pemuda tersebut tidak menyokong pemimpin baru semasa pemilihan, ini telah menunjukan transformasi dalam parti, sebagai ahli parti, kami harus memberi sokongan yang sepenuhnya kepada pemimpin baru.
Kombinasi kesemua kumpulan dalam pemimpinan baru MCA akan membawa satu imej yang baru kepada rakyat, saya berdoa agar MCA dibawa pimpinan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, MCA akan bersatu-padu, menjadi lebih kukuh dalam masa yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment