Wednesday, November 19, 2008

UNDILAH BARISAN NASIONAL

Ramai di kalangan pengundi yang berpendapat sebelum pilihan raya, bahawa bilangan ahli parlimen yang kurang telah mengakibatkan keadaan parlimen negara kita sembunyi dan tidak hangat, banyak isu nasional semata-matanya tidak di bincang dalam dewan yang mulia.

Selepas pilihan raya 8 march, keadaan dewan rakyat menjadi hangat apabila bilangan wakil daripada parti lawan telah meningkat, dengan ini, masalah telah timbul dan ini telah menyusahkan pentadbiran kerajaan. Keadaan di dewan rakyat sekarang adalah kesemua isu sama ada besar atau kecil, ahli-ahli parti lawan bersikap kurang ajar dan sentiasa mencari pasal dengan pentadbir, ini adalah keadaan yang tidak sihat, banyak usul kerajaan tidak dapat dilaksanakan dan ahli-ahli parlimen dan anggota kabinet terpaksa membuangkan masa yang berlebihan, bagi berdepan dengan soalan-soalan dan penjelasan yang tidak berasas daripada wakil parti lawan.

Para pengundi yang disayangi tambah lagi dihormati, keadaan dewan yang mulia pada hari ini akan merugikan negara, kita perlu adakan sebuah kerajaan yang kukuh, sebuah kerajaan yang betul-betul nak kerja dan bukan untuk sentiasa memainkan isu-isu yang akan merugikan rakyat serta membawa ancaman terhadap masyarakat. Kita tidak mahu macam kerajaan negeri Selangor yang dibentuk oleh PKR yang cuma memainkan isu perkauman, mereka dah biasa menjadi wira di depan satu kaum sahaja, apabila berdepan dengan kaum yang lain, apa yang mereka sebut sebelum itu, adalah berlainan.

Apa yang penting bagi kami pada pilihan raya yang akan datang, adalah UNDILAH BARISAN NASIONAL

2 comments:

Anonymous said...

Undi BN membawa padah!
Undi BN akan hancurkan Malaysia!

Mampuslah BN!

马华KJT said...

diminta tuan memberi comment secara bernama dan bukan menjadi orang yang takut utk menghadapi umum.